Pengikut

Jumaat, 9 Disember 2016

Resepi Spaghetti Bolognese Ayam Mudah Dan Sedap

She suka makanan western, sbb bgi She makanan western ni mudah, senang,simple.
Bahan nak masak pun tak banyak. Tapi tak She nafikan,masakan melayu dan gabungan masakan india tak tertanding, dek rasa dan rempah ratusnya.

 Antara yg paling She suka, dalam masakan western malaysia ni, pasta la.. Biasa kalau pening nak memikir makan apa, tapi perut dah kriuk-2 meragam, Tangan She cepat je jalan masak-2 jadi pasta...hehe
Pasta tu pun tak cepat rosak,tahan lama.

 She nak share satu quote hari ni.

"How You Make Others Feel About Themselves,Says A Lot About You"
-Kushanwizdom-

 She suka kata-2 ni, sebab bagi She,manusia terlalu senang menunding jari mencari salah dan kurang org lain, tapi kita lupa, apa yg kita buat manusia-2 lain rasa, dan fikir, melambangkan ceritera diri kita sendiri. Apabila kita buat orang mempunyai aura positif, kita menceritakan bahawa diri kita pun positif. Dan setiap perbuatan baik itu,ada balas nya. In shaa allah. Jadi rekalah cerita kita sebaiknya.😄

 Berbalik pada resepi, jom She share Cara Membuat Pasta Blognese ayam yg sedap dan mudah.

Bahan-bahan
  • 500gm spaghetti/1 paket
  • 1tin Sos Pasta Tradisional/Original
  • 500gm daging ayam cincang
  • 1 tin cendawan butang dipotong 4
  • 1 labu bawang besar di blend/potong dadu
  • 3 ulas bawang putih di blend/potong dadu
  • 3 biji tomato segar di potong 4
  • 1 batang carrot di potong dadu(optional)
  • 2sudu besar sos cili
  • 3sudu besar sos tomato
  • 1/2 sudu besar minyak zaitun
  • 2sudu besar butter
  • Garam dan gula secukupnya
  • parmesan cheese diparut(optional)
  • serbuk oregano kering(optional)
 Untuk spaghetti,korang boleh je gunakan apa-2  jenama favourite korang. Macam She pula, She tak kisah apa-2 jenama. Yang biasa She gunakan Kimball dan San Remo. Namun She akan jadi sangat specific dengan teksturnya. She wajib guna sphagetti Capellini atau nama famous kat malaysia ni, sbg Angel Hair... sebab capellini ni paling halus.. jadi kita tak mudah muak dan tak mudah kembang apabila dimasak lama.

So Cara-2 merebus spaghetti
  • Rebus air 2 liter dan masukkan 1/2 sudu besar minyak zaitun tu bersama. Pada yg suka letak pasta masin-2 skit pun boleh letak sekali time ni dalam 2sudu kecik
  • Petua meletakkan olive oil semasa merebus ni, She dapat semasa zaman belajar dulu, bila selalu masak-2 dengan kawan dari Tanzania. Tujuan nye utk mengelakkan pasta tu melekat-2 antara satu sama lain, dan memberi hasil rebusan pasta yg cantik.
  • Masukkan sphagetti apabila air mendidih
  • Apabila sudah dimasak, boleh la diangkat dan toskan.
Cara-2 Membuat Sos Bolognse
  • Cairkan butter dengan api sederhana
  • Tumiskan bawang besar dan bawang putih yg di blend/potong dadu sampai layu dan naik bau
  • Masukkan ayam cincang
  • Masukkan sayuran,goreng sehingga lembut.butter boleh ditambah jika kering
  • Masukkan Sos pasta Original
  • Masukkan satu tin air kedalam pasta menggunakan tin Sos pasta
  • Masukkan Tomato yang dipotong 4
  • Masukkan garam dan gula scukup rasa
  • Biarkan mendidih dengan api perlahan

Apabila selesai boleh lah hidangkan dengan taburan  herba oregano kering dan parmesan cheese jika suka. Selamat mencuba,boleh la share dgn she nanti kat comment, korang punya pic bolognese pasta.😍😍



Sabtu, 3 Disember 2016

Promosi Acme Spa Sempena Christmass dan Akhir Tahun.

 Sedar Tak sedar, kejap je dah nak habis setahun. Meningkat lagi satu tahun usia She. Terasa sangat pantas sebab She February Baby..Awal Minggu pula tu. Bila ingat balik nak gelak pulak..sebab birthday She yg terlalu cpt setiap tahun, buat She jadi takut. Takut cepat tua,takut cepat kerepot, dgn sesetengah perangai she yg boleh kata matang dr usia pun ya..

 Mulalah She amalkan semua petua, cuci muka sambil urut tarik sbb takut dgn double chin. Cakap sopan santun sebab arwah mak pernah bgtau, makcik tu ada double chin sbb suka cakap membentak-2...senyum dengan gelak pun tak berani besar-2 sebab takut dgn laughing line...hahahah kelakau bila ingat, naif dan percaya sgt. Macam tula She obses sgt dengan kecantikan.

 Tapi bila makin dewasa ni She lantakkan aje...gelak sepuas hati sbb She percaya hormon yg balance buat kita jadi awet muda, penuaan tu pasti, tp kalau penuaan pun...She nak make sure "She's ageing gracefully" kata orang putih. Dan ada petua yg zaman budak she buat smpai skrg, macam urut tu.. sbb she blaja skrg pun urut tu bagus, dan mmg kene praktik utk membentuk wajah kita.

 Tapi sekarang zaman dah moden, sesuai dengan kita yang slalu sibuk ni...tapi dalam sibuk-2 pun..kita perlu masa utk diri sdri kan, rehat,relax. So She ada benda best nak share, utk bulan Dec ni..yang mana korang boleh relax,rehat,cantik,dan poket tak barai.hehe. Sebab Acme Spa Buat Promosi Christmass HARGA SERIOUS TANGKAP LELEH!MURAHHH SGT. She suka sgt taw, sebab dorang buat seikhlas hati, even murah, dan bukan cincai-2 punya beautician yg treat kita. Hygienic,trained and proven. Jom-3. Check this out.
p/s: Acme Spa terletak di Pusat Komersial Komuniti Bandar Tun Razak