Pengikut

Khamis, 14 Mei 2015

Kulit Cantik dan -Langsing Cepat

Semalam,aku ada citer pasal jamu yg aku
consume dari bibik and then terputus tu kan,
mcm menemui cinta baru,
n berkekalan, jumpa jugak aku resepi dia
tapi aku customize sikit,
dengan tambah bahan-2 yg sesuai untuk
boost kan lagi slimming effect.

ni aku nak kasi tau awal-2, jamu ni kalau yg jarang-2
makan ubat kampung, mmg la korang nan hado dengan baunye,
bau dia mmg jamu habis laa
tapiii,
haa ada tapi dia...rasa dia sedap okeh,..
lepastu kan, korang tau laaa, meletop-2 kat pasaran pasal
ubat kurus Garnicia Cambogia tu, ni hakak nak bagi tau ni dek non
Garnicia Cambogia tu, asam je dik non oii,
org kite dah mkn lama dah..asam jawa, asam keping..tamarind tu...
so, baik la buat jamu yg aku nak share ni,

khasiatnya
*merapat
*melangsingkan badan
*kaya vit c dan antibiotik
*menghaluskan kulit
*melancarkan darah haid
*mengurangkan sakit senggugut
banyak laa lagi, dah rope jual ubat dah aku ni yop.

Jamu Kunyit Asam
temu kunci / fingerroot

cekur

kunyit / turmeric

kayu manis / cinnamon

manjakani

asam jawa / tamarind

Brown Sugar
cara-cara
*Cuci cekur, kunyit, halia, manjakani,kayu manis, temu kunci sampai bersih
*kupas cekur, kunyit, halia, temu kunci
*rebus cekur dan kunyit, dan temu kunci. halia aku tak rebus, sbb aku pakai halia muda ye nokk,
(rebus agak-2 lembut je)
*blender cekur, halia,temu kunci,kunyit, dan kayu manis sampai lumat
*buat pengetahuan, kayu manis la, bahan yg aku customised untuk boost kan pembakaran lemak ni
dan temu kunci nak tambah khasiat
*rebus bahan blender dengan air asam jawa dan manjakani
(manjakani aku letak satu biji je, sbb dia pahit)
*agak-2 mendidih, letak la gula merah tu, gula merah tu letak ikut sedap sendiri ye, macam aku tak suka manis sangat
tengah rebus
*biarkan sejuk dan tapis. masuk dalam botol
macam ni

nota kaki### aku buat botol kecik sebab aku minum sorang, ada je yg buat botol besar sbb sedap minum,
minum dgn ais pun boleh ye.
satu botol macam ni tahan seminggu
kalau minum kene banyak minum air masak, sbb jamu ni panas.
tapi best nanti kau kentut-2 n sendawa JE... heheh badan pun ringan





Tiada ulasan: